Sunday, July 6, 2014

Dugaan Puasa Akak Pipah

Assalamualaikum dan salam ramadhan...

hari ni dah masuk 8 ramadhan baru ada perasaan nak cerita pasal puasa...puasa akak pipah..ingat lagi tak budak yang mak aku ngasuh dulu tu..sekarang dah besar, dah darjah dua...
1st ramadhan hari tu aku balik la sambut puasa dengan famili.
akak pipah dengan adik dia ammar memang selalu datang rumah aku walaupun mak dia tak pegi kerja. tambah-tambah bila aku balik, 24 jam duduk rumah aku...
ceritanya, akak pipah ni dalam cubaan berpuasa manakala ammar si adik tak puasa langsung...balik tadika boleh pulak tayang aiskrim depan akak dia...nakal sungguh...
aku pulak jenis suka tengok rancangan masak-masak masa puasa...rasa best je..sedap je...tv pulak bergilir-gilir tayang cerita makanan...dah puasa nak buat keje ape la sangat masa pagi-pagi kan, so layan la tv ngan akak pipah..lepas tengok ketuk-ketuk ramadhan (alhamdulillah), aku tukar tengok azam ramadhan su..tetiba si pipah mintak nak tengok kartun..aku tak bagi le tukar siaran sebab nak tengok masak-masak kan...bukan selalu ada, bulan puasa je ada rancangan masak-masak banyak-banyak...
sekali akak pipah kata,"ipah lapaq la along tengok masak-masak ni"....hahahahaha...kelakar dan kesian...
along pun dengan baik hati bagi la peluang akak pipah tengok kartun...
Dugaan pipah bertambah bila si adik pulang dari tadika sambil menjilat aiskrim..memang kesian...
rasa seronok bila tengok gelagat pipah puasa...masa masak untuk berbuka dan masa berbuka, dia paling semangat..rajin menolong dan rajin makan...selamat berpuasa pipah..nanti along bagi duit raya yer...

Afifah-Berat dugaan puasanya..

Ammar- Saya gi terawih tapi tak puasa

Puisi Tanda Perpisahan

Dara
Aku bukanlah uda
mampu memaku langkahmu
atau sabdaku mampu menggentar jiwa
aku hanyalah penglipurlara
mencipta cerita yang lagha
hanya halwa di hujung usia
Dara
aku bukan ada apa
mahu kuberi di akhir senja
atau kutabur di gigi laut
agar sampai ke lubuk hatimu
kerna hartaku hanya hati
akhirannya hanya di pusara
Dara
Aku hanya manusia
punya naluri yang berkelana
mencipta tak pula
tapi tercipta tak disangka
guruh belum hujan pun sudah
yang gersang menjadi basah
Dara
Egonya si penglipurlara
Mahal air mata
mahu tumpah menerjah
kerna sebuah langkah
pergi yang takkan kembali lagi
menjunjung bersama seribu impian
Dara
Tinggallah secalit kenangan buatku
sebagai lukisan pengubat rindu
agar menjadi penghibur
Dara
Aku bukanlah uda

03072014
1218