Sunday, April 13, 2014

pengantin masa kini dan sesi bergambar "outdoor"

Assalamualaikum dan selamat pagi Ahad...

Sekian lama tak update blog, tetiba nak cerita pasal pengantin?apa kes ni...
kebetulan terbaca bab kenduri kawin masa blogwalking tadi, pastu konon2 rasa terpanggil nak share pengalaman..

tapi bukan pengalaman pasal jadi pengantin yer, pengalaman ni adalah perasaan kecewa dan terkilan apabila sampai rumah kenduri tapi pengantin dah keluar g photoshoot. sampaikan ada cakap2, pengantin zaman sekarang syok sendiri..bukan nak meraikan tetamu,tapi meraikan mereka sendiri..rasa macam tak sesuai pulak nak komen panjang2 pasal photoshoot ni sebab aku pun belum ada pengalaman bab nikah kawen ni..

sebenarnya, baru2 ni aku teman seorang kawan untuk g majlis kawin ex-housemate dia masa study dulu. disebabkan plan last minute dan pelbagai cabaran harus ditempuhi, perjalanan yang sepatutnya ambil masa sejam jadi 2 jam...so bila sampai rumah kenduri, pengantin dah siap2 nak g photoshoot. sempat salam dan amik gambar sekeping dengan pengantin...oh rasa sangat terkilan dan kecewa..cuba bayangkan korang dah lama tak jumpa kawan ni, tetiba sampai tempat yang dijanjikan nak jumpa, kawan korang tu dah balik...kesian kan?sedih kan?

bagi aku la, kalo nak buat photoshoot tu buat la kalo korang ada bajet, jangan sampai membazir...kalo boleh buat photoshoot dekat2 rumah dah la...kena ingat apa yang penting adalah meraikan tetamu...tetamu yang datang tu pasti akan mendoakan kesejahteraan rumahtangga korang bila bersua dengan pengantin.tapi kalo tetamu datang tapi tak nampak muka pengantin, confirm kena umpat dan keji...

sama-samalah kita renungkan...heeeee...






2 comments:

  1. Hai mira..
    Lama xtgok blog...
    Yup betul tu..
    Agak2 masa nik g photoshoot ada org mengata x??
    Haha..
    Kuar g photoshhot dah dlm kul 4lebih asenye.. dah xde org sgt...
    Sptutnye xleh la pi photoshoot awal sgt.. at least.. dlm jadual kate makan smpi kul 4... after 4 la br boleh kuar..
    Betul x?? Heheh

    ReplyDelete
  2. org nk mengata nik..kita bleh buat apa..haha..kita buat apa pon biarla sederhana..

    ReplyDelete