Sunday, October 27, 2013

Burger Bakar Abang Burn jajahan Bandar Perda

dalam tahun 2013 ni aku berjaya "hapdet" entri baru 2 keping je??kesiannya~!jadi hari ni aku nak post 1 entri pasal burger yang sangat femes sekarang ni iaitu Burger Bakar Abang Burn (BBAB)...dah lama aku ternanti-nanti jajahan BBAB dekat Penang ..sebelum ni aku asyik menahan liur je bila tv or blog buat review pasal BBAB ..rupa-rupanya jajahan beliau di Penang (lebih spesifik Bandar Perda) ni dah lama wujud,pertengahan bulan puasa ritu...tapi hari ni baru aku sedar kewujudannya setelah member aku ajak aku pegi try tadi..rupanya jajahan tu dekat sangat dengan rumah sewa aku...jalan kaki pun boleh sampai...ngape aku tak tawu??

BBAB jajahan Penang ni dalam Restoran Route 69..dorang macam sewa dengan Restoran Route 69 tu...atau dorang ada perkongsian....itu aku tak pasti..yang pasti aku order minuman dengan Route 69 & order makanan dengan BBAB ..so kalau nak cari "direction" ke BBAB jajahan Perda, carilah "direction" ke Route 69...

tadi aku try meatball, meatball dia memang sedap tapi aku kurang suka dengan sos blackpepper tu...kalau nak banding dengan meatball Ikea, sos meatball Ikea lagi sedap...yang pasti meatball BBAB memang berbaloi dengan harga..RM9.90 dapat 10 biji meatball yang agak besar plus wedges...lagi satu yang aku suka pasal BBAB, makanan dihidang dalam polisterin yang beralas kertas minyak. kalau rasa tak boleh habis makan, boleh "tapau" terus bawak balik...tak payah nak panggil waiter mintak plastik pulak...maaf sebab tiada gambar untuk dikongsikan, aku sibuk bersembang...lama tak jumpa member...korang search le facebook abang burn tu...kalau malas nak taip, Klik Sini..