Thursday, January 31, 2013

Am I a Fickle Girl??

Assalamualaikum dan selamat malam...dan tak lupa konbawa~

untuk pengetahuan semua, hari ni aku belajar satu perkataan omputih iaitu "fickle"..dan yang bestnya perkataan ni di'introduce"kan oleh a chinese guy named Alex...kalau korang nak tau jugak, aku ngan Alex ni ofismate and dia selalu mintak tolong aku untuk karang ayat in English... aku boleh tulis English dengan agak baik tapi kelu lidah bila nak "speaking" dan Alex pulak vice versa...

entah macam mana, hari ni mungkin hari kurang pandai aku, aku tak yakin dengan ayat English aku, so apa je yang Alex ni tanya, aku ye kan aje...mungkin tak berapa puas hati, Alex terus kata "fickle girl"...bila aku google maksudnya adalah : likely to change, casually changeable...ada lagi maksudnya tapi aku amik yang berkenaan dengan aku je la kan..

so mengikut kefahaman aku, aku ni seorang yang suka berubah-ubah baik dari segi minat, fikiran dan mungkin banyak lagi...mula-mula dulu aku memang agak terkejut bila kawan aku kata aku ni takde pendirian..tapi bila dah 2-3 orang cakap macam tu, ada yang kata aku ni caca-marba la (bkn penangite faham ke tak) aku admit je la kan...

dan bila aku fikir-fikir balik,memang aku jenis suka berubah-ubah...aku cepat bosan dengan satu-satu benda...dan cepat minat dengan satu-satu benda jugak...contohnya dulu aku tak suka baju warna terang or cerah sangat macam merah and kuning, tapi sekarang aku geram bila tengok benda or baju warna cam tu...
dan yang terkini,mungkin jadi sejarah sebab aku tergamak beli dan ada hati untuk pakai kasut pelik ni...hahahaha...

dan aku juga nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya menghiraukan kata-kata orang tentang kepelikan kasut aku...semuanya kerana aku bukanlah seorang yang suka menonjolkan diri suatu masa dulu...