Sunday, December 15, 2013

Belajar dari kesalahan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari...
hari ahad memang hari kemalasan sedunia ke?tapi rasa rindu menaip muncul pulak tiba-tiba...
cuma tak tau nak cerita pasal apa walaupun banyak cerita yang dipendam dan tak terluah...
kelmarin rasa "down" sebab buat salah dalam payroll bulan lepas...sedih dan susah hati sangat...
tapi hari ni dah okay banyak sebab dah dapat Magnum Classic kelmarin...
cuma hati masih galau memikirkan penyelesaian masalah tu...sama ada nak bayar guna duit sendiri atau berbincang dengan pekerja tu untuk bayar balik..walaubagaimanapun, dah tentu "key performance index" (KPI) aku terjejas...


Sunday, October 27, 2013

Burger Bakar Abang Burn jajahan Bandar Perda

dalam tahun 2013 ni aku berjaya "hapdet" entri baru 2 keping je??kesiannya~!jadi hari ni aku nak post 1 entri pasal burger yang sangat femes sekarang ni iaitu Burger Bakar Abang Burn (BBAB)...dah lama aku ternanti-nanti jajahan BBAB dekat Penang ..sebelum ni aku asyik menahan liur je bila tv or blog buat review pasal BBAB ..rupa-rupanya jajahan beliau di Penang (lebih spesifik Bandar Perda) ni dah lama wujud,pertengahan bulan puasa ritu...tapi hari ni baru aku sedar kewujudannya setelah member aku ajak aku pegi try tadi..rupanya jajahan tu dekat sangat dengan rumah sewa aku...jalan kaki pun boleh sampai...ngape aku tak tawu??

BBAB jajahan Penang ni dalam Restoran Route 69..dorang macam sewa dengan Restoran Route 69 tu...atau dorang ada perkongsian....itu aku tak pasti..yang pasti aku order minuman dengan Route 69 & order makanan dengan BBAB ..so kalau nak cari "direction" ke BBAB jajahan Perda, carilah "direction" ke Route 69...

tadi aku try meatball, meatball dia memang sedap tapi aku kurang suka dengan sos blackpepper tu...kalau nak banding dengan meatball Ikea, sos meatball Ikea lagi sedap...yang pasti meatball BBAB memang berbaloi dengan harga..RM9.90 dapat 10 biji meatball yang agak besar plus wedges...lagi satu yang aku suka pasal BBAB, makanan dihidang dalam polisterin yang beralas kertas minyak. kalau rasa tak boleh habis makan, boleh "tapau" terus bawak balik...tak payah nak panggil waiter mintak plastik pulak...maaf sebab tiada gambar untuk dikongsikan, aku sibuk bersembang...lama tak jumpa member...korang search le facebook abang burn tu...kalau malas nak taip, Klik Sini..

Saturday, March 2, 2013

SINGLE

Gambar ni menjawab persoalan kenapa saya masih single...takde pilihan langsung kan?hahaha...tetapi layanan mereka terhadap saya tetap bagus...


Thursday, January 31, 2013

Am I a Fickle Girl??

Assalamualaikum dan selamat malam...dan tak lupa konbawa~

untuk pengetahuan semua, hari ni aku belajar satu perkataan omputih iaitu "fickle"..dan yang bestnya perkataan ni di'introduce"kan oleh a chinese guy named Alex...kalau korang nak tau jugak, aku ngan Alex ni ofismate and dia selalu mintak tolong aku untuk karang ayat in English... aku boleh tulis English dengan agak baik tapi kelu lidah bila nak "speaking" dan Alex pulak vice versa...

entah macam mana, hari ni mungkin hari kurang pandai aku, aku tak yakin dengan ayat English aku, so apa je yang Alex ni tanya, aku ye kan aje...mungkin tak berapa puas hati, Alex terus kata "fickle girl"...bila aku google maksudnya adalah : likely to change, casually changeable...ada lagi maksudnya tapi aku amik yang berkenaan dengan aku je la kan..

so mengikut kefahaman aku, aku ni seorang yang suka berubah-ubah baik dari segi minat, fikiran dan mungkin banyak lagi...mula-mula dulu aku memang agak terkejut bila kawan aku kata aku ni takde pendirian..tapi bila dah 2-3 orang cakap macam tu, ada yang kata aku ni caca-marba la (bkn penangite faham ke tak) aku admit je la kan...

dan bila aku fikir-fikir balik,memang aku jenis suka berubah-ubah...aku cepat bosan dengan satu-satu benda...dan cepat minat dengan satu-satu benda jugak...contohnya dulu aku tak suka baju warna terang or cerah sangat macam merah and kuning, tapi sekarang aku geram bila tengok benda or baju warna cam tu...
dan yang terkini,mungkin jadi sejarah sebab aku tergamak beli dan ada hati untuk pakai kasut pelik ni...hahahaha...

dan aku juga nak ucapkan tahniah kepada diri sendiri sebab berjaya menghiraukan kata-kata orang tentang kepelikan kasut aku...semuanya kerana aku bukanlah seorang yang suka menonjolkan diri suatu masa dulu...