Sunday, December 30, 2012

Oh My English

Seingat aku,aku mengarang esei dalam english untuk yang terakhir adalah dua tahun lepas. Masa kerja langsung tak berkaitan sebab hari-hari key in nombor je. Hari ni aku kena memerah otak yang dah karat ni sebab nak tolong kawan buat business plan. Terasa dugaan dan beban yang amat sangat. Bukti english aku semakin teruk adalah apabila aku hanya berjaya mengarang 2 ayat dalam masa sejam. Apa yang harus dilakukan sekarang????


Tuesday, December 4, 2012

Sahabat

sahabat,
seharusnya kau memahami perasaan aku
bertahun lama aku membina ketabahan ini
namun
hanya beberapa detik
kau berjaya memusnahkannya
musnah dengan cerita harapan
harapan yang aku kira harapan palsu
seharusnya kau membantuku
membantuku melupakan semua
membantuku untuk terus bahagia sendiri
mengapa kau begitu
siapakah sahabatmu di antara aku dan dia
ataupun kau hanyalah kawan buatku
dan dia adalah kisah kenangan pahitku