Thursday, October 6, 2011

kenapa perlu gaduh adik-beradik??

melihat kpd persekitaran aku skrg,ramai yg bgaduh adik-beradik..benda ni yg buat aku tertanya2 kenapa jadi mcm tu...bukan setakat dalam kalangan keluarga mak ayah aku je,tapi keluarga makcik2 dan akak2 kt opis pun sama...
yang aku musykil tu,masa semua kecil2 dulu,mesti kita sayang adik beradik kita..kalo gaduh2 pon mungkin gaduh2 manja...dan yang pastinya kita mesti marah dan akan pertahankan adik beradik kita kalo ada orang luar yg ganggu adik beradik kita...
tapi kenapa bila semua dah berkahwin dan bkeluarga dan umur pon meningkat,semua tak berpuas hati dengan yang lain..sungguh aku pelik...
sekarang,aku dan adik2 aku sgt akrab..mungkin sebab mak aku tak pernah nak melebih2kan mana2 anak dia...susah sama2,senang pun sama2...paling aku ingat,masa adik aku tadika,setiap kali dia balik sekolah,dia akan singgah kedai runcit..yg besnya,apa dia beli utk dia,dia akan beli utk aku....
dan aku harap sgt,hubungan aku dan adik2 akan terus macam ni sampai bila2 walaupun kitorang dah berkeluarga satu hari nanti..